Tuesday 10 November 2015

Bentuk Perundangan yang melindungi Kanak-kanak

Beberapa bentuk perundangan yang melindungi hak kanak-kanak di Malaysia antaranya;

i] Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468)

ii] Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ( Akta 308)

iii] Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952)

iv] Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002)

 



i] Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468)   

 

Merupakan satu akta bagi peruntukan mengenai permuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan, serta mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengannya atau yang berkaitan dengannya

 

  • Dalam Seksyen 2 Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, dikatakan kanak-kanak memerlukan perlindungan jika;


  1. 1.Kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan akan dicederakan atau dianiaya oleh penjaganya dari segi fizikal, emosi atau seks
2. Penjaga kanak-kanak itu tidak layak atau telah mengabaikan atau tidak berupaya menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak tersebut 

3. Penjaga kanak-kanak telah abai atau keberatan untuk mengadakan pemeliharaan, makanan, pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi untuk kanak-kanak



4. Kanak-kanak itu tidak mempunyai penjaga atau telah ditinggalkan oleh penjaganya dan selepas siasatan, penjaga itu tidak dijumpai dan tiada orang lain yang sesuai sanggup dan berupaya memlihara kanak-kanak itu

5. Kanak-kanak itu perlu diperiksa, disiasat atau dirawat bagi maksud memulihkan dan memelihara kesihatannya dan penjaganya telah mengabaikan atau enggan mendapatkan kanak-kanak itu diperiksa, disiasat atau dirawat sedemikian

6. Kanak-kanak itu berkelakuan dengan cara atau yang mungkin memudaratkan dirinya atau mana-mana orang lain dan penjaganya tidak berupaya atau keberatan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki keadaan atau langkah-langkah memperbaiki keadaan yang diambil oleh penjaga itu gagal




 
7. Terdapat pertelingkahan yang sedemikian rupa antara kanak-kanak itu dengan penjaganya atau penjaga-penjaganya sehingga hubungan kekeluargaan terganggu dengan serius.

8. Kanak-kanak itu terlibat dengan mana-mana kesalahan yang tersebut dalam Bab XVI Kanun Keseksaan atau mana-mana kesalahan daripada jenis yang diperihalkan dalam bahagian VI telah atau dipercayai telah dilakukan dan penjaganya ialah orang yang melakukan kesalahan sedemikian atau telah tidak melindunginya atau tidak mungkin akan melindunginya daripada sedemikian

 

ii] Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ( Akta 308)

 


Akta ini merupakan peruntukan yang berkaitan dengan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman-taman asuhan kanak-kanak. Ianya bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun

 

iii] Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952)

 

Dalam konteks melindungi  hak kanak-kanak, kerajaan juga telah memperuntukan undang-undang dalam pengambilan anak angkat. Hal ini bertujuan mengawal selia kes-kes permohonan mengambil anak angkat. Peruntukan undang-undang ini sebagaimana dikanunkan di dalam Ordinan Mengangkat Anak 1960 (Adoption Ordinance) dan Peraturan-peraturan Mengangkat Anak 1961 (Adoption Rules 1961). Peruntukan undang-undang ini adalah untuk memastikan kebajikan dan masa depan anak angkat terjamin
 
 
 
 
iv] Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002)

 



Akta ini  menyatukan tiga undang-undang yang terdahulu, iaitu 

a] Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991

b] Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973

c] Akta Mahkamah Juvenil

Penggubalan akta ini adalah usaha untuk memastikan perlindungan pemulihan dan pembangunan diberi perhatian serius oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak

  • Penggubalan akta ini mengambil kira prinsip Konvensyen Hak Kanak-kanak. Akta ini mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga dan penyelia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak membuat laporan sekiranya berlaku kes penderaan kanak-kanak
  • Akta ini membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kategori;
i] Kanak-kanak yang memerlukan jagaan dan perlindungan
ii] Kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemulihan
iii] Kanak-kanak yang dilarikan atau dijual
iv] Kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah
v] Kanak-kanak yang tidak dapat dikawal, dan
vi] Kanak-kanak yang mengemis
  • Peruntukan dalam Seksyen 31; mana-mana individu termasuk ibu bapa, penjaga atau individu yang diberi kuasa untuk menjaga anak, boleh didakwa atas kesalahan mengabaikan atau cuai terhadap kanak-kanak
  •  Secara spesifikasinya, akta ini memperuntukan bahawa adalah menjadi kesalahan meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang munasabah (Seksyen 33)

 
 
 

3 comments:

  1. Menariknya isu ini memandangkan ada sahaja berita yang didengari mengenai kes penderaan/pengabaian anak-anak kecil sama ada oleh ibu bapa sendiri atau pengasuh di pusat asuhan kanak-kanak. Mengulas mengenai pengasuh yang melakukan penganiayaan terhadap anak-anak yang berada di bawah tanggungjawab mereka, sepatutnya pihak empunya pusat asuhan tersebut perlu peka dan mengetatkan syarat pengambilan pekerja mereka supaya tidak berlaku penganiayaan terhadap kanak-kanak. Pemantauan juga perlu dilakukan dari masa ke semasa supaya setiap penderaan/penganiayaan yang berlaku dapat diatasi dengan segera sebelum berlakunya perkara yang lebih buruk seperti kematian.
    (NUR SYAZIYAH BINTI MOHD ARIS)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Tambahan zaman sekarang masih terdapat sebahagian ibu bapa yang tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak kecil dan kes anak yatim yang tiada perlindungan seperti tiada pihak yang betul-betul serius membela nasib kanak-kanak terbiar selain mereka diperalat oleh sindiket tertentu untuk kepentingan mereka,Kanak-kanak itu juga tidak tahu tempat mereka hendak mengadu nasib,jadi dengan adanya akta ini hak kanak-kanak itu dapt dibela.
    (NURUL SYUHADA BINTI BAHARUDIN)

    ReplyDelete