Monday 26 October 2015

Lirik Lagu Derita, Okid





Hak Perlindungan Kanak-kanak


Tajuk Lagu : Derita
Penyanyi      : Okid


Buka mata dan lihatlah..
Insan kecil yang tak berdosa
Jadi mainan dan hinaan semua
Manusia tiada berpedoman...

Apakah salah mereka
Menjadi mangsa yang terbiar..
Dia disiksa tanpa rasa simpati
Hanya melihat darah merah mengalir ke bumi...

Chorus:
Sengsara kan terasa...
Di sepanjang hayatnya...
Tangisan tak bersuara
Insan yang sekecil tu... Merasa
Peritnya derita....
Ditanggung jua...

Mengapa dia disiksa
Hingga lesu tak bermaya
Haruskah kita menyaksikan
Penderitaan pada mereka

Apa nasib mereka jika ini masih terjadi
Kita sama sama membantu
Melindungi hidup mereka..

Mereka perlukan perhatian
Bukan penyiksaan yang diminta
Berikan kasih dan belaian mesramu
Moga diberi petunjuk dan hidayah yang sejati...



Nurulsuhada Bt Khairudin
(GB02547)




5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Runtun hati ini apabila menyaksikan anak-anak Syria dan Palestine dibunuh tanpa sebarang pembelaan daripada dunia Islam lain. Ya Allah! bantulah mereka, kami tiada daya untuk memperjuangkan hak asasi manusia bagi kanak-kanak ini. Hanya doa yang mampu kami tadahkan. Allahu Rabbi. (GB02627)

    ReplyDelete
  3. Betapa sayu dan pilunya lirik lagu tersebut, seakan-akan ianya berlaku didepan mata dengan tangisan dan teriakan si anak kecil.Allahuakhbar! Betapa kejamnya manusia yang memperlakukan anak kecil sebegitu. Tidakkah ada rasa belas ihsan dalam diri mereka?? Sedar dan insaflah yang anak kecil ini mempunyai HAK untuk gembira, bermain, disayangi dan dibelai.Bukannya diseksa, dihina, diherdik dan dibunuh.Hormatilah Hak Kanak-Kanak.
    -GB02618-

    ReplyDelete
  4. aduh sayunya hati ni...Kanak-kanak merupakan pemimpin generasi masa hadapan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, guru, pemimpin dan setiap individu dalam memastikan kanak-kanak ini membesar dalam persekitaran yang harmoni, berkesefahaman dan penyayang.. bkn kite tindas mereka..

    Mereka berhak ke atas perlindungan, hak untuk tidak didiskriminasi, hak ke atas perlindungan, hak untuk menyuarakan pendapat serta pelbagai hak-hak lain yang termaktub di dalam perjanjian antarabangsa, undang-undang serta dasar negara.


    Norhafizah mohd sukri
    GB02535

    ReplyDelete
  5. Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan.
    Justeru, dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. Dasar ini adalah selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka.

    SITI FATIMAH AZZAHRA BT JOHARI
    GB 02555

    ReplyDelete